Salam...
Alhamdulillah, di hari Jumaat yang mulia ini, syukur di panjatkan ke hadrat Ilahi di atas kurniaan kesihatan dan rezeki yang tak pernah putus...
Hari ni aku berada di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi. Bukan aku yang masuk hospital, tapi anak sulung aku, Adam. Adam disahkan menghidap penyakit paru-paru berair yang selalu terjadi kepada kanak-kanak di usia Adam.
Hari ni dah hari ke 3 kami berada di wad. Alhamdulillah, keseluruhanya hospital ini adalah baik termasuk layanan yang diberikan. Terima kasih diucapkan kepada nurse-nurse dan dr2 yang melayan!
Sejak hari pertama Adam di lahirkan di Hospital Pakar Azzahra, memang risau sebab dia dilahirkan dengan berat yang ringan. Kemudian, dr mencadangkan supaya Adam diberi suntikan pencegah penyakit paru-paru dan sebagainya (rota virus/pneumococol). Agak mahal suntikan tu, tapi kenapa nak kisah, sedangkan kesihatan Adam yang kami risaukan. Suntikan diambil. Habis semua suntikan. Tetapi bila kami datang ke An-Nur 4 hari yang lepas, dr agak terkejut yang adam masih lagi mendapat penyakit tersebut. Betullah apa yang dikatakan Al-Quran, bukan ubat yang menyembuhkan, tetapi kuasa Tuhan. Ubat hanyalah salah satu penyebab sahaja.
Demam adam sehingga 40c pada hari ketiga demam, sebab tu bawa ke pakar. Tambahan pula, Adam mengalami sakit dada ketika batuk pada waktu malam.
.......................................
Adam tengah tido. Nak kemas bilik kejab. Chow!
No comments:
Post a Comment