Thursday, February 2, 2012

Jumaat

Alhamdulillah, hari ni hari Jumaat, dah dekat dengan Maulidur Rasul, dan dekat juga dengan birthday Erfaan setahun.

Hari ni rasa selesa sikit di ofis, walaupun kerja sangat banyak sebenarnya. Belum tentu dapat balik awal malam ni.

Esok bermula cuti 4 hari yang sangat best. Tapi aku takde plan ke mana-mana lagi disebabkan Adam yang kurang sihat dan Erfaan yang masih kecil. Tapi nak kena plan sesuatu supaya takde la dewang boring asyik duduk rumah saje.

Aku baca satu berita di harian Metro hari ni, tajuknya "1000 pekerja Facebook bakal jadi jutawan". Best gile. Dengan hanya bekerja di FB pun boleh jadi jutawan? ini disebabkan saham FB yang akan melonjak dari 15 billion ke 300 billion!

Keseluruhan pekerja FB cuma 3000 org sahaja!

Maybe next impian aku, nak bekerja di FB, atau bekerjasama dengan FB, atau bukak syarikat sosial networking macam FB? Wallahu A'lam!