Salam...
Alhamdulillah, di hari Jumaat yang mulia ini, syukur di panjatkan ke hadrat Ilahi di atas kurniaan kesihatan dan rezeki yang tak pernah putus...
Hari ni aku berada di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi. Bukan aku yang masuk hospital, tapi anak sulung aku, Adam. Adam disahkan menghidap penyakit paru-paru berair yang selalu terjadi kepada kanak-kanak di usia Adam.
Hari ni dah hari ke 3 kami berada di wad. Alhamdulillah, keseluruhanya hospital ini adalah baik termasuk layanan yang diberikan. Terima kasih diucapkan kepada nurse-nurse dan dr2 yang melayan!
Sejak hari pertama Adam di lahirkan di Hospital Pakar Azzahra, memang risau sebab dia dilahirkan dengan berat yang ringan. Kemudian, dr mencadangkan supaya Adam diberi suntikan pencegah penyakit paru-paru dan sebagainya (rota virus/pneumococol). Agak mahal suntikan tu, tapi kenapa nak kisah, sedangkan kesihatan Adam yang kami risaukan. Suntikan diambil. Habis semua suntikan. Tetapi bila kami datang ke An-Nur 4 hari yang lepas, dr agak terkejut yang adam masih lagi mendapat penyakit tersebut. Betullah apa yang dikatakan Al-Quran, bukan ubat yang menyembuhkan, tetapi kuasa Tuhan. Ubat hanyalah salah satu penyebab sahaja.
Demam adam sehingga 40c pada hari ketiga demam, sebab tu bawa ke pakar. Tambahan pula, Adam mengalami sakit dada ketika batuk pada waktu malam.
.......................................
Adam tengah tido. Nak kemas bilik kejab. Chow!
Friday, January 27, 2012
Wednesday, January 11, 2012
Ipoh, Perak.
Salam!
Yup, seperti biasa aku tengah out station. Kat ipoh pulak tu. Best juga ipoh ni. Tadi dinner kat dataran ipoh. Best juga aa.. cuma mahal jugak la. Satey 15 batang pun dah RM10.50. Kalah Kepsi!
Whatever lah!
Now aku kat hotel Fair Park. Bole la hotel dia. Takde la best sangat. Harga pun RM99 semalam. aku 3 malam kat sini. Esok balik.
Ingat nak layan cerita Final Destination 5 malam ni, tapi best pula citer kat tv2 ni. Dil wale dulhania lijaengi. Lagu-lagu dia memang mengamit kenangan lah!
Mau taknye, 8 tahun aku kat Pakistan bukanya sekejab. Tapi masa berlalu cepat. Rasa macam baru semalam aku naik basikal kat Faisalabad...
Shahrukh & Kajol memang best lakonan dewang. Walaupun dah lama filem ni, tapi still best. Pengarah pun best.
Aku pun dah lama tak praktis bahasa urdu. Dah hampir 10 tahun aku meninggalkan Pakistan. Tapi bila dengar dewang cakap urdu and Punjab, rase macam balik kampung!
Nak layan lagu Tujhe deka jab...!!

Subscribe to:
Posts (Atom)